Cikgu KhalidEMPAT HIRAKI KERJASAMA DEMI KEJAYAAN PELAJAR:

EMPAT HIRAKI KERJASAMA DEMI KEJAYAAN PELAJAR:

1- Pertama ibubapa – dalam Islam pun tanggungjawab hakiki mendidik adalah ibubapa. Bahkan Saidina Umar Al Khattab berkata bahawa ibubapa dianggap “durhaka” jika tidak menunaikan 3 perkara :

i – berikan nama yang baik-baik kepada anak.
👉👉 ii – memberikan Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah (Agama dan keduniaan).
iii – mencarikan jodoh yang baik kepada anak.

2- pelajar itu sendiri perlu ada kehendak, disiplin , usaha dan matlamat (niat) bersungguh-sungguh.

3- guru atau sekolah. Ini adalah Murabbi Murabbiah. Adab dengan guru dan pendidik.

4- konsultant, pakar tuition, bimbingan, tutor, dan sebagainya.

Maka kejayaan drastik , perubahan hebat dan ikon pelajar ini sebagai contoh kejayaan GABUNGAN empat faktor yang disebutkan di atas.

Semoga menjadi aspirasi ibubapa dan pelajar.

Wassalam.

#aikayjay

Boleh berdaftar dan hubungi kami untuk PROGRAM PECUT SPM

http://bit.ly/IRTuition

Cikgu KhalidJangan Bunuh Jiwa Pelajar Anda

Jangan Bunuh Jiwa Pelajar Anda

“Kalau macam ini perangai kamu, lebih baik jangan datang sekolah!…”

“Dah berapa kali cakap!… korang ni nak jadi setan ker ? !…”

“Memang kamu ni merapu…bebal betul laa, lain saya ajar lain pulak kamu buat!…”

👆👆Itu adalah sebahagian contoh SALAH dalam mendidik anak-anak atau pelajar. Ia akan merosakkan jiwa pelajar. Bahkan kata-kata negatif itu ibarat doa.

Kesannya spiritual pelajar telah direndahkan. Hati, jiwa, perasaan dan tunas semangat mereka telah dibunuh . Baru nak berusaha cemerlang, terus terencat . Api cita-cita padam

Pernah berlaku pada saya juga. Dulu cikgu lukisan kata kat saya, ” kamu ni apa jadi?… Lukisan teruk sungguh…lukis bunga jadi orang, lukis potret orang jadi bunga…”

Trauma saya terus jahil melukis…Bila sesi PDP lukisan menjelang, menunggu guru lukisan masuk pun saya dah stress. Akhirnya Allah SWT mentakdirkan Saya ambil bidang kejuruteraan.

Seperkara lagi mendidik dengan kasihsayang alan memberikan kesejahteraan , sihat, ceria, awet muda, tenang dan waalafiat. Didiklah anak atau pelajar kita dengan hati dan perasaan.

Terbukti guru saya, iaitu warden SBP kami dah 80 tahun masih sihat. Alumni kami “five series” menziarahi beliau, nampak ceria sihat.

Beliau tidak pernah langsung meninggi suara keterlaluan, tiada tengking, tiada bahasa kasar, perkataan kesat apatah lagi. Walaupun ada di kalangan penghuni asrama ketika Itu “berhantu nakalnya…”.

Banyak kes berat. Selesai dengan baik semuanya. MasyaaAllah SubhanalLah Alhamdulillah. Beliau ikon saya.

Bayangkan semasa Paulo Rossi jaringkan gol hattrik Itali juara World Cup, kami menonton TV di rumahya!(warden)…🌹😜🥰l🤪😆 Macam wayang pacak. Shhhhh..😷😷🙏

Sedangkan peperiksaan SPM lagi 2 minggu lebih sahaja lagi…Elok sahaja cemerlang SPM. Ramai ke IPTA dan luar negara.

Kesimpulannya, mendidik dengan ikhlas, kasihsayang, sabar, psikologi dan bertauhidkan Allah (yang beri hidayah) adalah kunci kejayaan anak-anak pelajar…

Semoga bermanafaat.

#aikayjay

http://bit.ly/1stIRTuition

Cikgu KhalidPelajar Ceria, Skill dan P.R  Guru Faktor Kecemerlangan

Pelajar Ceria, Skill dan P.R Guru Faktor Kecemerlangan

Bila baca seakan macam biasa. Dapat hadamkan dan hayati. Jika dapat, baru fahami itulah hakikat kecemerlangan pelajar.

Jika guru dapat membina ‘personal touch’ dengan para pelajar, maka 50% PDP berkesan telah tercapai.

Baki lagi 50% adalah skill penyampaian guru Itu juga kebolehupayaan pelajar (normal) menerima pengajaran.

Bagi pelajar pula intipatinya ialah fokus dalam kelas. Hanya jiwa pelajar yang ceria, dan emosi riang sahaja boleh fokus dalam kelas! Ingat tu.

Sebab itu ibubapa yang berjaya membina emosi ceria anak dan berikan kasihsayang kepada mereka, akan perolehi anak-anak yang mendengar kata, taat nasihat dan mudah dibentuk akhlaknya.

Kesannya, anak itu akan cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam kehidupan. Sebab mereka mesra sosial dalam bermasyarakat .

Guru membina “personal touch” teramat penting. Sebabnya apabila jiwa pelajar rasa selesa dan hati jatuh kasih kepada guru, maka mereka akan fokus setiap butir kata guru setiap saat… Itulah lorong susur galur kecemerlangan.

Tak percaya?… cuma tanya pelajar cemerlang Nur Amalina, Nik Nur Madihah, dll yang skor 17A , 19A dan pelajar cemerlang lain.

“Saya fokus dalam kelas, ikut cakap cikgu, jika tak faham terus tanya cikgu hari itu juga…” , itu kata mereka. Sama. Maksud serupa. Cuma kosakata saja yang berbeza pada pendengaran saya.

Dulu, sebagai pimpinan Pibg kami bawa Nik Nur Madihah ke sekolah SBP anak saya bagi motivasi untuk pelajar-pelajar SPM.

Saya juga pernah 1 jam lebih berbual & bertukar fikiran dalam kereta (saya pandu) dengan Naa(Nur Amalina) & ibunya Cikgu Sabariah Hassan(Pengetua cemerlang banyak kali, sekarang di Johor).

Semoga tips dan saranan ini bermanafaat untuk guru, ibubapa, penjaga pelajar dan semua warga sekolah.

Wabillahi taufik…

#aikayjay

http://bit.ly/1stIRTuition

Cikgu KhalidLemah Add Maths / Matematik Tambahan : Persoalan & Ulasan

Lemah Add Maths / Matematik Tambahan : Persoalan & Ulasan

Memang kerap sangat ibubapa bertanya saya kenapa anak mereka lemah Matematik Tambahan @ Add Maths (AM), walaupun dah belajar sungguh-sungguh?

Bahkan ada yang menyatakan memang anaknya belajar setiap hari, tapi masih dapat keputusan hanya sekadar lulus.

Itu satu soalan yang sangat bagus. Soalan cepumas. Maka jawapannya pun bernilai seperti emas berlian juga.

Analogi ialah, kita perlukan makan nasi dengan cara memasak beras dengan air. Itu biasa. Tetapi jika mahu makan nasi beriani, bagaimana pula?

Sudah pasti kena tahu masak nasi beriani. Jika hanya tahu masak nasi biasa atau nasi lemak sahaja, tentu tidak merasa makan nasi beriani.

Begitu juga Add Maths (AM) ini. Semua formula dan asas-asas AM telah guru ajarkan di sekolah. Dah tamat pun. Tapi ada beberapa punca lain yang menyebabkan pelajar lemah sabjek AM ini.

Seperti analogi nasi putih biasa dan nasi beriani tadi, begitulah AM. Silap dan salah perancangan ialah kerana pelajar hanya berpandukan maklumat dan contoh penyelesaian yang dapat dalam kelas. Nasi beriani itu merujuk soalan aras 3, soalan sebenar SPM dan KBAT.

Itu memang tidak cukup. Contohnya sesuatu topik AM itu ada 4 formula asas sahaja. Akan tetapi corak atau bentuk soalan-soalan AM untuk topik itu (sahaja) dah ada 8 hingga 10 “pattern”.

Maka bagaimana mungkin pelajar boleh skor AM jika tidak pernah membuat penyelesaian soalan-soalan yang 8–10 bentuk itu? Perlu biasakan dengan soalan-soalan Aras 3 dan soalan KBAT.

Ibarat pelumba motorsikal yang hebat di jalan raya , takkan boleh menang atau jadi juara jika tidak pernah langsung berlatih di litar lumba sebenar. Berlatih lumba di jalan kampung hingga subuh pun, takkan menang berlumba GP jika tidak pernah berlatih di litar.

Pelajar perlu hadamkan semua jenis “pattern” soalan-soalan itu dan juga melaksanakan beberapa perkara lain. Tips perancangan dan penyelesaian pelbagai soalan peperiksaan perlu dibuat latih-tubi.

Pihak guru di sekolah sememangnya tidak cukup masa untuk melaksanakan keseluruhan penyelesaian soalan-soalan itu dalam masa 2 jam. Seminggu mungkin ada 4 masa kelas AM (30 minit X 4 period kelas = 120 minit)

Itu bukan salah guru atau pihak sekolah. Bimbingan telah cukup. Semoga pelajar dan ibubapa dapat ambil inisiatif sendiri “berlatih di litar lumba sebenar” untuk kecemerlang AM.

Ada caranya. Memang boleh. Foto bukti testimoni pun ada. Banyak lagi faktor lain punca lemah AM ini. Ada fakta dan tips bagaimana disiplin perancangan untuk skor cemerlang AM ini. Tidak memadai ruang untuk dibuat perincian di sini.

Kelak akan dikongsikan dalam buku saya ; “11 Punca Pelajar GAGAL Add Maths” dan juga petua asas “8 Tips Cintakan & Skor Add Maths”.

Semoga trauma Add Maths atau Matematik Tambahan tidak berlaku kepada anak anda.

Ibni Khalid Jurait
Itqan Professional Training Centre

#aikayjay

Kami akan adakan kelas tuition matematik tambahan, kimia dan fizik bermula oktober ini. Boleh berdaftar dengan menggunakan link dibawah.

http://bit.ly/1stIRTuition

Cikgu KhalidSusah Sangat ke Subjek Kimia SPM?

Susah Sangat ke Subjek Kimia SPM?

Puncanya semua bermula di Tingkatan 4.

JIKA asas-asas Kimia Tingkatan 4 bermasalah, maka memang Tingkatan 5 akan merangkak, terencat dan bermasalah besar. Kesannya, bila Tingkatan 5, pelajar-pelajar telah terasa bahawa mereka “dah TAK boleh carry Chemistry.”. Itu realiti yang dialami kebanyakan pelajar kita.

Kenapa? Sifirnya begini:

Jika seseorang kanak-kanak hingga remaja tidak pernah ATAU tidak boleh menunggang basikal, maka bolehkah anak itu menunggang motorsikal bila telah remaja @ belia @ dewasa? Boleh kah? Kenapa?

Maka itulah Chemistry / Kimia Tingkatan 5 @ SPM bermasalah kerana :

1- Chapter 2 Tingkatan 4 : konsep molecules Formulae, chemistry equations, 8 Formulae determination, 7 concepts if chemical reactions, understanding characteristic of elements.

2- Chapter 3 – menguasai dan memahami semua Fundamental. Applikasi ciri-ciri unsur dan adaptasi.

3- Fahami semua asas-asas Asid, Alkali, ciri-cirinya, seluruh pengiraan tindak balas Kimia serta pemerhatian ujian mengenal unsur-unsur.

Selesai TIGA perkara ini, maka 80% masalah Kimia Tingkatan 4 dah selesai dan 50% Kimia Tingkatan 5 pula menjadi sangat mudah!

Jadi untuk memahami 3 perkara di atas, pelajar-pelajar yang mengambil subjek Kimia disarankan untuk ikuti sesi pengenalan percuma untuk subjek Kimia yang bakal berlangsung di Itqan pada hujung minggu ini.

In sya Allah, sehabis sesi ini, nanti pasti hati pelajar terdetik.

“Owhhh…..I love Chemistry so much…! “.

Tak tumbuh, tak melata. Tak sungguh, takkan nak kata.

Boleh daftar di sini:

http://bit.ly/IRTuition

Cikgu Khalid
Professional Tutor
ITQAN PROFESSIONAL TRAINING CENTRE

#tuition#kimia#aikayjay#intensive#revision

p/s : penerangan ini sengaja dibuat dalam Bahasa Malaysia untuk memudahkan majoriti ibubapa, pelajar dan netizen. Harap maklum.

Cikgu KhalidKes 1 : Menangani Masalah Remaja & Cara Membeli Jiwa Anak-Anak

Kes 1 : Menangani Masalah Remaja & Cara Membeli Jiwa Anak-Anak

Terima kasih Puan kerana ikhlas berkongsi & percaya kepada rakan sahabat dalam group ini. Baca semua ya 👇👇:

1- Cabaran saya lagi besar. Ada 4 orang anak lelaki. Kalau mereka setting games, makan minum mandi dan lain lain semua lupa. Caranya saya buat…no. 2 dan seterusnya 👇👇

2- Awal-awal saya dah cegah anak jangan KETAGIH main games ni. Ianya nature “KETAGIH” seperti judi (walaupun asyik kalah), dadah, merokok, window shopping (sesetengah orang perempuan), buka radio mesti dengar lagu sahaja, lepak kedai mamak (kat rumah pun boleh buat teh kaw kaw).

3- Oleh itu hanya 3 cara (yang saya nampak) boleh dilakukan:

A – Anak mesti rapat dengan kita. Ikat hati mereka kasih ibubapa. Elakkan langsung “masing-masing buat hal sendiri ketika berada dlm rumah”. Ini bahaya. Amalkan makan bersama-sama, masak bersama-sama, tonton TV sama-sama dan sebagainya. Biar banyak masa anak terisi bersama-sama kita! Dulu, saya terpaksa “tunjukkan minat akademi Fantasia (AF)” walaupun itu tak bagus untuk pembinaan jiwa, minda dan sahsiah. Beli TV pun second hand. Untuk elakkan mereka bertandang rumah kawan-kawan. Kami anak beranak sama-sama “bergaduh depan TV” teka markah peserta atau teka siapa akan disingkirkan dan lain lain. Siapa kalah kena belanja atau memasak di dapur. Ini membina KASIH SAYANG dalam keluarga dengan anak-anak. Jiwa mereka ada isi. Masa tu top games PS 1,2,3,4. Saya alihkan perhatian daripada games. Bila masuk menengah, TV saya buang. Ada anak masuk SBP Tahfiz. Susah nak tasmik, hafazan tapi mereka ok sahaja.

B – Perlu wujudkan perasaan hormat kepada ibubapa. Kita tak perlu jadi pensyarah, mufti, YB, VIP, Ustaz Ustazah, jurutera agar anak-anak hormat kita. Tapi kita perlu jadi ikon yang hebat ‘di hati anak untuk salute’ kepada kita. Contohnya : anak-anak saya dibawa ke siber cafe 1 kali sebulan. Main games daripada pukul 10 malam sehingga 4 pagi. Saya dan isteri ikut sekali. Saya buat kerja minit mesyuarat, proposal, Kertas kerja, editor dan sebagainya. Isteri tengok YouTube. Anak-anak biar mereka main games sampai patah jari. Biarkan lah 😄😄😍🤪🥀, biar terkeluar biji mata. Tetapi sebelum keluar rumah, kami berjemaah di rumah sahaja (tak ke masjid), makan malam bersama-sama dulu. Bahkan saya yang masak makan malam. Maka, walaupun saya rampas laptop jika mereka main games malam-malam, tapi anak-anak tak memberontak, tak engkar sbb saya dah “beli jiwa” mereka, sebab saya dah TAAT IKUT cakap mereka nak main games 6 jam non-stop di siber cafe. Saya bawa mereka ke tempat siber cafe yang hebat games. Bangga mereka cerita pada kawan-kawan, terbeliak mata dengar. Maka mereka ‘terpaksa’ HORMAT kita. Give and Take.

C – Pemikiran anak-anak kena ADA MATLAMAT hidup. Saya bawa anak-anak saya tengok golongan gelandangan. Kerana memang saya juga sebagai aktivis bantu golongan ini tiap-tiap minggu. Saya juga bawa anak-anak ke pasar borong basah yang besar. Saya tanya anak-anak adakah mereka mahu buat kerja guna kudrat macam pekerja-pekerja pasar tu? Kerja basah, penat, pukul 2 3 pagi dah tunggu lori, hingga tua? Sanggup? Atau nak kerja pejabat? Nak jadi kuli atau jadi hartawan? Nak kena buli atau nak jadi tuan? Maka saya bagitahu ilmu pengetahuan dan pendidikan sebagai faktor penentu. Maka mind sett seperti itu kena ADA dalam pemikiran mereka. Maka, ada cita-cita. Akhirnya mereka ada visi, fokus dalam kelas, pilih rakan-rakan yang baik sahaja. Kalau salah pilih dan saya tahu, memang masak kena syarah 🤪😄😷😷😍

***Alhamdulillah telah berlangsung sesi pertama Add Math untuk tingkatan 4 & 5 pada 22 Aug 2020.

Semua pelajar bersemangat mengikuti kelas yang diadakan secara intensif ini.

Cikgu menggunakan konsep 5S:

Meskipun kelas berlangsung sepanjang hari bermula 9 pagi hingga 6 petang, namun semua peserta kekal bersemangat.

Banyak tips yang cikgu telah kongsikan kepada pelajar termasuk bagaimana untuk faham kehendak soalan dan juga kaedah yang betul untuk aplikasikan formula.

Jumpa lagi untuk sesi seterusnya pada hari esok Sabtu, 5 Sept 2020. In sya Allah.

#tuition#addmath#intensive#revision