Memandangkan Kementerian Pendidikan meminda tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada 22 Februari depan dan tarikh tersebut akan menjelang tidak lama lagi, team Itqan akan mengadakan PROGRAM PECUT SPM secara ONLINE bagi subjek Add Math dimana Cikgu Khalid akan menfokuskan subtopik yang kebanyakan pelajar mendapati bahawa subtopik tersebut sukar untuk difahami.

Program ini adalah satu program pemantapan kemahiran dalam matapelajaran Matematik bagi pelajar Tingkatan 3 dan Matematik tambahan, Fizik & Kimia bagi pelajar Tingkatan 4 & 5 yang berasaskan konsep format ā€œ5Sā€ di mana pelajar-pelajar akan dibimbing secara khusus dalam setiap subjek untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah dalam matapelajaran yang dipelajari. Program ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki PT3 & SPM pada tahun 2020 dan/atau 2021.

Program ini akan bermula pada 19 November dan akan dijalankan pada setiap hari khamis dan Jumaat. Program ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Setiap sesi akan membawakan subtopik yang berbeza-beza.