“Kalau macam ini perangai kamu, lebih baik jangan datang sekolah!…”

“Dah berapa kali cakap!… korang ni nak jadi setan ker ? !…”

“Memang kamu ni merapu…bebal betul laa, lain saya ajar lain pulak kamu buat!…”

👆👆Itu adalah sebahagian contoh SALAH dalam mendidik anak-anak atau pelajar. Ia akan merosakkan jiwa pelajar. Bahkan kata-kata negatif itu ibarat doa.

Kesannya spiritual pelajar telah direndahkan. Hati, jiwa, perasaan dan tunas semangat mereka telah dibunuh . Baru nak berusaha cemerlang, terus terencat . Api cita-cita padam

Pernah berlaku pada saya juga. Dulu cikgu lukisan kata kat saya, ” kamu ni apa jadi?… Lukisan teruk sungguh…lukis bunga jadi orang, lukis potret orang jadi bunga…”

Trauma saya terus jahil melukis…Bila sesi PDP lukisan menjelang, menunggu guru lukisan masuk pun saya dah stress. Akhirnya Allah SWT mentakdirkan Saya ambil bidang kejuruteraan.

Seperkara lagi mendidik dengan kasihsayang alan memberikan kesejahteraan , sihat, ceria, awet muda, tenang dan waalafiat. Didiklah anak atau pelajar kita dengan hati dan perasaan.

Terbukti guru saya, iaitu warden SBP kami dah 80 tahun masih sihat. Alumni kami “five series” menziarahi beliau, nampak ceria sihat.

Beliau tidak pernah langsung meninggi suara keterlaluan, tiada tengking, tiada bahasa kasar, perkataan kesat apatah lagi. Walaupun ada di kalangan penghuni asrama ketika Itu “berhantu nakalnya…”.

Banyak kes berat. Selesai dengan baik semuanya. MasyaaAllah SubhanalLah Alhamdulillah. Beliau ikon saya.

Bayangkan semasa Paulo Rossi jaringkan gol hattrik Itali juara World Cup, kami menonton TV di rumahya!(warden)…🌹😜🥰l🤪😆 Macam wayang pacak. Shhhhh..😷😷🙏

Sedangkan peperiksaan SPM lagi 2 minggu lebih sahaja lagi…Elok sahaja cemerlang SPM. Ramai ke IPTA dan luar negara.

Kesimpulannya, mendidik dengan ikhlas, kasihsayang, sabar, psikologi dan bertauhidkan Allah (yang beri hidayah) adalah kunci kejayaan anak-anak pelajar…

Semoga bermanafaat.

#aikayjay

http://bit.ly/1stIRTuition