Bila baca seakan macam biasa. Dapat hadamkan dan hayati. Jika dapat, baru fahami itulah hakikat kecemerlangan pelajar.

Jika guru dapat membina ‘personal touch’ dengan para pelajar, maka 50% PDP berkesan telah tercapai.

Baki lagi 50% adalah skill penyampaian guru Itu juga kebolehupayaan pelajar (normal) menerima pengajaran.

Bagi pelajar pula intipatinya ialah fokus dalam kelas. Hanya jiwa pelajar yang ceria, dan emosi riang sahaja boleh fokus dalam kelas! Ingat tu.

Sebab itu ibubapa yang berjaya membina emosi ceria anak dan berikan kasihsayang kepada mereka, akan perolehi anak-anak yang mendengar kata, taat nasihat dan mudah dibentuk akhlaknya.

Kesannya, anak itu akan cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam kehidupan. Sebab mereka mesra sosial dalam bermasyarakat .

Guru membina “personal touch” teramat penting. Sebabnya apabila jiwa pelajar rasa selesa dan hati jatuh kasih kepada guru, maka mereka akan fokus setiap butir kata guru setiap saat… Itulah lorong susur galur kecemerlangan.

Tak percaya?… cuma tanya pelajar cemerlang Nur Amalina, Nik Nur Madihah, dll yang skor 17A , 19A dan pelajar cemerlang lain.

“Saya fokus dalam kelas, ikut cakap cikgu, jika tak faham terus tanya cikgu hari itu juga…” , itu kata mereka. Sama. Maksud serupa. Cuma kosakata saja yang berbeza pada pendengaran saya.

Dulu, sebagai pimpinan Pibg kami bawa Nik Nur Madihah ke sekolah SBP anak saya bagi motivasi untuk pelajar-pelajar SPM.

Saya juga pernah 1 jam lebih berbual & bertukar fikiran dalam kereta (saya pandu) dengan Naa(Nur Amalina) & ibunya Cikgu Sabariah Hassan(Pengetua cemerlang banyak kali, sekarang di Johor).

Semoga tips dan saranan ini bermanafaat untuk guru, ibubapa, penjaga pelajar dan semua warga sekolah.

Wabillahi taufik…

#aikayjay

http://bit.ly/1stIRTuition