Memang kerap sangat ibubapa bertanya saya kenapa anak mereka lemah Matematik Tambahan @ Add Maths (AM), walaupun dah belajar sungguh-sungguh?

Bahkan ada yang menyatakan memang anaknya belajar setiap hari, tapi masih dapat keputusan hanya sekadar lulus.

Itu satu soalan yang sangat bagus. Soalan cepumas. Maka jawapannya pun bernilai seperti emas berlian juga.

Analogi ialah, kita perlukan makan nasi dengan cara memasak beras dengan air. Itu biasa. Tetapi jika mahu makan nasi beriani, bagaimana pula?

Sudah pasti kena tahu masak nasi beriani. Jika hanya tahu masak nasi biasa atau nasi lemak sahaja, tentu tidak merasa makan nasi beriani.

Begitu juga Add Maths (AM) ini. Semua formula dan asas-asas AM telah guru ajarkan di sekolah. Dah tamat pun. Tapi ada beberapa punca lain yang menyebabkan pelajar lemah sabjek AM ini.

Seperti analogi nasi putih biasa dan nasi beriani tadi, begitulah AM. Silap dan salah perancangan ialah kerana pelajar hanya berpandukan maklumat dan contoh penyelesaian yang dapat dalam kelas. Nasi beriani itu merujuk soalan aras 3, soalan sebenar SPM dan KBAT.

Itu memang tidak cukup. Contohnya sesuatu topik AM itu ada 4 formula asas sahaja. Akan tetapi corak atau bentuk soalan-soalan AM untuk topik itu (sahaja) dah ada 8 hingga 10 “pattern”.

Maka bagaimana mungkin pelajar boleh skor AM jika tidak pernah membuat penyelesaian soalan-soalan yang 8–10 bentuk itu? Perlu biasakan dengan soalan-soalan Aras 3 dan soalan KBAT.

Ibarat pelumba motorsikal yang hebat di jalan raya , takkan boleh menang atau jadi juara jika tidak pernah langsung berlatih di litar lumba sebenar. Berlatih lumba di jalan kampung hingga subuh pun, takkan menang berlumba GP jika tidak pernah berlatih di litar.

Pelajar perlu hadamkan semua jenis “pattern” soalan-soalan itu dan juga melaksanakan beberapa perkara lain. Tips perancangan dan penyelesaian pelbagai soalan peperiksaan perlu dibuat latih-tubi.

Pihak guru di sekolah sememangnya tidak cukup masa untuk melaksanakan keseluruhan penyelesaian soalan-soalan itu dalam masa 2 jam. Seminggu mungkin ada 4 masa kelas AM (30 minit X 4 period kelas = 120 minit)

Itu bukan salah guru atau pihak sekolah. Bimbingan telah cukup. Semoga pelajar dan ibubapa dapat ambil inisiatif sendiri “berlatih di litar lumba sebenar” untuk kecemerlang AM.

Ada caranya. Memang boleh. Foto bukti testimoni pun ada. Banyak lagi faktor lain punca lemah AM ini. Ada fakta dan tips bagaimana disiplin perancangan untuk skor cemerlang AM ini. Tidak memadai ruang untuk dibuat perincian di sini.

Kelak akan dikongsikan dalam buku saya ; “11 Punca Pelajar GAGAL Add Maths” dan juga petua asas “8 Tips Cintakan & Skor Add Maths”.

Semoga trauma Add Maths atau Matematik Tambahan tidak berlaku kepada anak anda.

Ibni Khalid Jurait
Itqan Professional Training Centre

#aikayjay

Kami akan adakan kelas tuition matematik tambahan, kimia dan fizik bermula oktober ini. Boleh berdaftar dengan menggunakan link dibawah.

http://bit.ly/1stIRTuition